1. Definisi Solat
Solat
berasal dari bahasa Arab As-Sholah Solat (صلاة) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.
Definisi (Ta'rif / Pengertian) Solat:
Solat secara bahasa (etimologi) bererti doa,
manakala dari segi istilah / Syari 'ah (Terminologi), solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan
dan perbuatan tertentu / khusus yang dibuka / dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul
ihram) diakhiri / ditutup dengan salam (Assalamualaikum).
Solat merupakan rukun perbuatan yang paling
penting di antara rukun Islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik
bagi kedudukan akhlaq manusia. Solat fardhu didirikan sebanyak lima kali setiap hari, melaluinya akan
diperolehi kesan / pengaruh yang baik bagi manusia dalam sesebuah masyarakatnya
yang menyuburkan rasa persaudaraan dan kecintaan di antara kaum
muslimin ketika berkumpul untuk menunaikan ibadah yang satu di salah sebuah dari
sekian rumah milik Allah subhanahu wa ta 'ala (masjid).
Solat
terbahagi kepada solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu diwajibkan ke atas
orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu
tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat
fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh,
zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya
seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk menggantikannya dengan
niat qadha.
Bagi
mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan
menjamakkannya.