Cara Solat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam (S.A.W.)
Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam telah bersabda,
ﺻَﻠُّﻮﺍ ﻛَﻤَﺎ ﺭَﺃَﻳﺘُﻤُﻨِﻲ
ﺃُﺻَﻠِّﻲ
"Solatlah
kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." (HR. Al-Bukhari no. 628, 7246
dan Muslim no. 1533)
Ini adalah
perintah baginda kepada umatnya agar meneladani cara solat bertepatan dengan
apa yang baginda tunjukkan. Bagaimana kaifiyah solat yang baginda ajarkan?
Berikut
adalah aturan solat mengikut sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
untuk panduan anda semua.
Solat dalam Islam adalah menepati
kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain. Ia merupakan
tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini
Rasulullah SAW bersabda :
رأس الامر الاسلام ، وعموده
الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.
“Pokok urusan ialah Islam, sedangkan
tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
Disamping itu solat juga merupakan tiang
agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu amalan
yang pertama sekali dihisab sebagaimana hadis Rasulullah SAW :
أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ
عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ
سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ- .رواه الطبراني
“Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitumgkan)
dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka
baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya, maka buruklah pula
seluruh amalannya.”
1. Kawasan perkuburan.
2. Gereja, kuil dan candi/biara.
3. Tempat-tempat pembuangan kotoran/najis binatang.
4. Tempat penyembelihan binatang
5. Tengah-tengah jalanraya.
6. Tempat perteduhan binatang .
7. Tempat pemandian umum.
8. Di atas bumbung Kaabah.
1. Jika salah satu syarat rukun solat tidak dilakukan atau sengaja
ditinggalkan
2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
3. Berkata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang
ada pengertian
4. Terbuka aurat tanpa berusaha menutupnya dengan segera
5. Memakan atau menelan sisa dalam mulut dengan sengaja walaupun hanya sedikit
6. Mengubah niat, misalnya ingin berhenti atau memutuskan solat
7. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti melangkah atau
berjalan
8. Membelakangi kiblat dengan sengaja
9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
10. Berbual atau tertawa terbahak-bahak
11. Mendahului imam dengan sengaja
12. Murtad (terkeluar dari agama Islam).
13
Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Bahagian:
Solat tidak sah jika tertinggal salah satu
daripada 13 rukun berikut:
1.
Berdiri
betul bagi orang yang sihat.
2.
Berniat
melakukan solat. Dilintaskan seiring takbiratul-ihram.
3.
Mengucapkan
takbiratul-ihram, iaitu ‘Allahu Akbar’.
4.
Membaca
surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
5.
Rukuk
beserta tuma’ninah (berhenti sebentar).
6.
Iktidal
(bangun dari Rukuk) beserta tuma’ninah.
7.
Sujud dua
kali dengan tuma’ninah.
8.
Duduk antara
dua sujud serta tuma’ninah.
9.
Duduk
tasyahud (tahiyyat) akhir.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada tasyahud
akhir.
12. Memberi salam pertama.
13. Tertib (mendahulukan
yang dahulu).
Melaksanakan solat adalah WAJIB 'AINI bagi
setiap orang yang telah :
- Mukallaf (Dapat membezakan antara baik dan buruk serta dipertanggungjawabkan atas kehendak syari'ah),
- Baligh (telah dewasa / dengan ciri telah bermimpi), dan
- 'Aqil (berakal).
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Dan tidaklah mereka diperintah kecuali
agar mereka hanya beribadah / menyembah kepada Allah sahaja, mengikhlaskan
keta'atan pada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan hanif (lurus), agar mereka
mendirikan solat dan menunaikan zakat, demikian itulah agama yang lurus.” (Surah Al-Bayyinah; Ayat 5)