Pages

Saturday, April 6

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT


Syarat-syarat sah solat adalah :

1. Suci Dari Hadas
Suci dari hadas besar dan kecil. Hadas kecil hendaklah disucikan dengan wuduk, manakala hadas besar hendaklah disucikan dengan mandi wajib.

2. Suci Dari Kekotoran
Suci dari najis keseluruhan anggota badan, pakaian, dan tempat solat.

3. Menutup Aurat.
Menutup aurat bagi lelaki iaitu antara pusat dengan lutut. Sedangkan aurat wanita pula, seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Menutup aurat boleh dengan apa saja asal suci, tidak tembus pandang seperti plastik bening atau benda semacam lainnya.

4. Telah Masuk Waktu Solat Yang Telah Ditentukan
Mengetahui dengan yakin telah masuk waktu solat yang hendak dilakukan.

5. Menghadap Kearah Kiblat
Menghadap kiblat, iaitu ke arah Ka'bah di Makkah. Bila tidak memungkinkan, misalnya di atas kereta api, kapalterbang atau tak diketahui sama sekali, maka hadapkanlah wajah kita ke mana saja yang kita merasa bahawa itu adalah kiblat.