Pages

Wednesday, April 10

RUKUN SOLAT


Solat tidak sah jika tertinggal salah satu daripada 13 rukun berikut:
 
1.      Berdiri betul bagi orang yang sihat.
2.      Berniat melakukan solat. Dilintaskan seiring takbiratul-ihram.
3.      Mengucapkan takbiratul-ihram, iaitu  ‘Allahu Akbar’.
4.      Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
5.      Rukuk beserta tuma’ninah (berhenti sebentar).
6.      Iktidal (bangun dari Rukuk) beserta tuma’ninah.
7.      Sujud dua kali dengan tuma’ninah.
8.      Duduk antara dua sujud serta tuma’ninah.
9.      Duduk tasyahud (tahiyyat) akhir.
10.  Membaca tasyahud akhir.
11.  Membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada tasyahud akhir.
12.  Memberi salam pertama.
      13. Tertib (mendahulukan yang dahulu).