Pages

Saturday, April 6

RUKUN IMAN DAN CABANG-CABANGNYA

Rukun-Rukun Iman

Yang dimaksudkan rukun iman adalah sesuatu yang menjadi sendi tegaknya iman.

Rukun iman ada enam:

1. Iman kepada Allah
2. Iman kepada para malaikat
3. Iman kepada kitab-kitab samawiyah
4. Iman kepada para rasul
5. Iman kepada hari Akhir
6. Iman kepada takdir Allah, yang baik maupun yang buruk.

Dalilnya adalah jawapan Rasulullah ﷺ (Shalallaahu alaihi wasalam) ketika Jibril bertanya padanya tentang iman: "Engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya, para rasulNya, kepada hari akhir Akhir dan engkau ber-iman kepada takdir, yang baik maupun yang buruk." (HR. Al-Bukhari, I/19, 20 dan muslim, I/37)



Cabang-Cabang Iman

Cabang-cabang iman bermacam-macam, jumlahnya banyak, lebih dari 72 cabang. Dalam hadis lain disebutkan bahawa cabang-cabangnya lebih daripada 70 buah.

Dalil cawangan iman adalah hadits Muslim dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih; ​​yang paling utama adalah ucapan "la ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedangkan rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman." (HR. Muslim, I/63)

Baginda ﷺ menjelaskan bahawa cawangan yang paling utama adalah tauhid, yang wajib bagi setiap orang, yang mana tidak satu pun cabang iman itu menjadi sah kecuali sesudah sahnya tauhid tersebut. Adapun cabang iman yang paling rendah adalah menghilangkan sesuatu yang mengganggu kaum muslimin, di antaranya dengan menyingkirkan duri atau batu dari jalan mereka.

Lalu, di antara ke dua cabang tersebut terdapat cabang-cabang lain seperti cinta kepada Rasulullah ﷺ, cinta kepada saudara muslim seperti mencintai diri sendiri, jihad dan sebagainya. Baginda tidak menjelaskan cabang-cabang iman secara keseluruhan, maka para ulama berijtihad menetapkannya.

Al-Hulaimi, pengarang kitab "Al-Minhaj" mengiranya ada 77 cabang, manakala Al-Hafizh Abu Hatim Ibnu Hibban mengiranya ada 79 cabang iman. 

Sebahagian dari cabang-cabang iman itu ada yang berupa rukun dan ushul, yang dapat menghilangkan iman manakala ia ditinggalkan, seperti mengingkari adanya hari Akhir; dan sebahagiannya lagi ada yang bersifat furu', yang apabila meninggalkannya tidak membuat hilangnya iman, sekalipun tetap menurunkan kadar iman dan membuat fasik, seperti tidak memuliakan jirannya.

Ada kalanya pada diri seseorang terdapat cabang-cabang iman dan juga cabang-cabang nifak (kemunafikan). Maka dengan cabang-cabang nifak itu ia berhak mendapatkan seksa, tetapi tidak kekal di Neraka, kerana di hatinya masih terdapat cabang-cabang iman. 

Siapa yang seperti ini keadaannya maka ia tidak boleh disebut sebagai mukmin yang mutlak, yang berkaitan dengan janji-janji tentang Syurga, rahmat di Akhirat dan selamat dari siksa. Sementara orang-orang mukmin yang mutlak juga berbeza-beza dalam tingkatannya.

Wallahu a'lam!

Sumber: Kitab Tauhid 2, karya DR Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al Fauzan