Pages

Saturday, April 6

DEFINISI SOLAT


1. Definisi Solat

Solat berasal dari bahasa Arab As-Sholah Solat (صلاة) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.


Definisi (Ta'rif / Pengertian) Solat:

Solat secara bahasa (etimologi) bererti doa, manakala dari segi istilah / Syari 'ah (Terminologi), solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu / khusus yang dibuka / dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul ihram) diakhiri / ditutup dengan salam (Assalamualaikum).

Solat merupakan rukun perbuatan yang paling penting di antara rukun Islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlaq manusia. Solat fardhu didirikan sebanyak lima kali setiap hari, melaluinya akan diperolehi kesan / pengaruh yang baik bagi manusia dalam sesebuah masyarakatnya yang menyuburkan rasa persaudaraan dan kecintaan di antara kaum muslimin ketika berkumpul untuk menunaikan ibadah yang satu di salah sebuah dari sekian rumah milik Allah subhanahu wa ta 'ala (masjid).

Solat terbahagi kepada solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk menggantikannya dengan niat qadha.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.